SAYA menghadapi masalah sejak kebelakangan ini apabila testikel saya berasa sakit seperti bengkak sebelah di bahagian kanan.
Apabila saya pegang bahagian itu terasa pedih. Ketika dalam keadaan
duduk juga ia terasa sakit, begitu juga bahagian pinggang saya.
Saya harap doktor dapat menerangkan apa sebenarnya berlaku, adakah ia normal atau tidak?
FADLI
Sabak Bernam, SelangorJawapan dari Dr. Ismail Thamby
Sakit buah zakar jarang berlaku. Jika ia berlaku, biasanya ada sebab tertentu dan perlu dirujuk kepada doktor.
Keadaan itu sangat jarang berlaku kepada buah zakar dalam situasi
tertentu seperti pakai seluar dalam ketat atau seluar ketat atau ketika
duduk buah zakar tertekan.
Jarang juga keadaan sebegitu akibat
cengkaman pembuluh darah bergumpal yang dikenal sebagai varikosel.
Keadaan itu hanya terasa sekali sekala dan tidak membimbangkan.
Bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor untuk kepastian.
Sakit buah zakar yang ketara berlaku apabila buah zakar tercedera atau ‘trauma’ seperti tertendang atau terpukul.
Bengkak boleh berlaku dan darah boleh terkumpul atau ‘hematocele’.
Untuk kurangkan berasa sakit, buah zakar boleh ditekap dengan ais dan
perlu dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Jarang
juga berlaku buah zakar terpulas atau ‘torsion’. Jika berpulas secara
separa berlaku, ia tidak berbahaya tetapi keadaannya perlu
diperbetulkan.
Jika berpulas secara ketara pula, jalanan darah boleh tersekat dan buah zakar boleh ‘mati’ atau kilang buah zakar boleh rosak.
Rasa sakit buah zakar itu akibat radang buah zakar atau orkitis atau
keradangan pundi epididimis atau ‘epididimitis’ atau kedua sekali iaitu
radang buah zakar dan pundi epididimis atau ‘epididymorchitis’.
Ada juga lelaki yang menghidap batu karang mengalami sakit buah zakar.
Contohnya sakit buah zakar kanan apabila batu karang bergerak ke dalam
salur kencing kanan.
Pelbagai masalah menyebabkan perasaan
sakit buah zakar dan jika lelaki itu tidak buat apa-apa, sudah tentu
masalah menjadi serius dan jika sebabnya serius, buah zakar boleh rosak
selama-lamanya!
Namun sangat jarang sakit buah zakar akibat
ketumbuhan atau kanser. Jadi jangan mendiamkan diri. Jika masih sakit
dan kesakitan itu berterusan, cepat jumpa doktor dan jangan cuba
rawatan sendiri atau jumpa tukang urut, nanti padah!
7th Dec 2009