SESETENGAH ulama mendakwa persetubuhan yang kerap boleh menyebabkan
penglihatan menjadi rabun, cepat tua dan sebagainya, tetapi apa pula
kesannya daripada segi kajian saintifik?
D’ZULQARNAIN
Kuching, SarawakJawapan Dr. Ismail Thamby
Satu ketika dulu, Rasulullah SAW pernah ditanya sahabat mengenai gaya
persetubuhan dari belakang yang kononnya mengikut ulama terdahulu boleh
menyebabkan anak yang dilahirkan macam keldai.
Jawapan
Rasulullah ialah cara itu harus dan jalanannya melalui faraj saja,
malah ada banyak lagi perkara yang satu ketika dulu dianggap janggal
didapati sebenarnya disalah tafsirkan seperti perkara yang anda
ketengahkan mengenai persetubuhan.
Mungkin ramai tidak tahu
bahawa persetubuhan sangat digalakkan dalam Islam. Ia ibadah dan
pahalanya sangat tinggi. Pasangan itu perlu dalam keadaan bersih, yakin
dan melakukannya secara tertib serta beradab seperti kita melakukan
solat.
Persetubuhan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan dan merapatkan sanubari dan keintiman sepanjang hayat.
Mengikut kajian saintifik, ketika bersetubuh dan pasangan dalam keadaan
seronok, hormon ‘oxitocin’ keluar dan ini mengeratkan silaturahim
antara mereka.
Pengeluaran hormon ‘vasopressin’ merapatkan sanubari kedua-dua mereka sehingga hanya perasaan gembira antara mereka berdua!
Jadi anda boleh bayangkan perkara yang anda nyatakan itu tidak tepat,
malah bercanggah dengan kefahaman sebenar Islam dan juga saintifik.
8th Dec 2009