SAYA perempuan berusia 31 tahun dan selalu berjumpa dengan kekasih
sebaya. Ketika berjumpa, kami tidak dapat menahan diri daripada
menyentuh kemaluan masing-masing sewaktu berdua-duaan dalam kereta.
Perkara yang selalu bermain di fikiran saya adalah saiz zakarnya yang
kecil kerana dia berbadan sederhana besar.
Setiap kali hendak
memulakan sentuhan pada zakarnya, saya dapati saiz dan ukurannya tetap
sama, lembik, pendek serta kecil molek.
Saya berasa tidak puas hati melihat dan memiliki kekasih yang
mempunyai zakar kecil tetapi kerana saya sangat sayang padanya, saya
tetap menerima dia seadanya.
Kadangkala zakarnya sukar dan
tidak dapat menegang apabila saya membuat kuluman dengan mulut, malah
hanya seketika ia menegang dan mengeluarkan sedikit air mani.
Selepas menegang, ia serta merta cepat kendur dan mengecil, hanya
kepala zakarnya yang tertinggal. Selama ini saya tidak pernah bertanya
mengenai keadaan kesihatan zakarnya kerana saya takut dia kecil hati.
Apakah semua itu adalah tanda masalah serius pada zakarnya dan apakah
cara terbaik supaya ia sentiasa kelihatan besar dan panjang?
Dan apakah kesan buruk jika kekasih saya berterusan memasukkan jarinya
ke dalam kemaluan saya? Saya dapati, setiap kali dia melakukannya,
kemaluan saya tidak berasa sakit dan saya dapat merasai kepuasan,
ghairah, fikiran menjadi lapang, badan menjadi ringan dan bertambah
bersemangat untuk buat kerja selepas itu.
Apabila kekasih saya sering masukkan jarinya dalam kemaluan saya, adakah saya sudah dianggap hilang dara?
RIN
Alor Setar, Kedah
Jawapan Dr. Ismail Thamby
Melakukan
hubungan kelamin dalam keadaan tidak sempurna seperti dalam kenderaan
atau semak mendedahkan anda dan pasangan anda kepada risiko kecederaan
atau ditangkap pegawai mencegah maksiat! Lebih-lebih lagi kerana anda
dan pasangan belum bernikah.
Elok kawal diri dan cegah daripada
perbuatan sumbang itu. Mengenai keadaan anggota kelamin pasangan, jika
kekasih anda berbadan gempal, memang biasa untuk lelaki gempal
mempunyai banyak lemak di paras tundun dan akan mempunyai anggota
kelamin yang terbenam ke dalam lemak.
Kemungkinan juga anggota kelamin pasangan anda kecil mengikut ukuran kebiasaan anggota kelamin lelaki Asia.
Jika ini suatu isu bagi anda, boleh dicadangkan supaya dia berjumpa
doktor untuk mencari jalan membesarkan anggota kelaminnya kerana kini
ada pelbagai kaedah tanpa pembedahan dan selamat dan juga saintifik
yang membantu menambah perincian ereksi dengan peralatan penarik zakar.
Anda belum lagi melakukan seks penetratif dengan pasangan. Jadi
mengikut pandangan kasar, anda masih lagi dara, walaupun anda sudah
lakukan seks penetratif dengan ‘jari’.
Jika lebih satu jari digunakan untuk menembusi faraj, selaput dara yang sedia ada mungkin sudah pecah.
21st Dec 2009