HUBUNGAN intim dalam perkahwinan dapat mengeratkan silaturahim
antara pasangan jika hubungan itu selesa, mesra dan menyeronokkan. Oleh
itu, lakukan sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan isteri.
Pastikan ereksi disalurkan apabila isteri bersedia dan bukan sebelum
itu. Isteri perlu memberi isyarat yang dia bersedia untuk hubungan
seksual penetrasi dan suami pastikan gerakan dilakukan secara terkawal
atau mengikut tertib.
Banyak buku panduan mengenai persetubuhan sudah lama wujud
sebagai rujukan seperti ‘Kamasutra’ oleh pendita India, Vatsayana, buku
bertajuk ‘Kebun Harum’ atau ‘Perfume Garden’ oleh ahli falsafah Islam,
Sheikh Nefzawi, dan yang terbaru ‘The Joy of Sex’ oleh Alex Comfort.
Buku ini mampu memberi pembaca panduan mengenai cara dan gaya
bersetubuh, termasuk cara memulakannya. Panduan jimak dalam Islam juga
diketengahkan oleh Imam Al-Suyuti dan Al-Nawawi.
Malah,
Rasulullah SAW menjelaskan, jimak itu ibadah dan ada tertibnya,
termasuk kebersihan badan dan adab bersetubuh. Secara tertibnya, suami
perlu melakukan belaian dan sentuhan supaya isteri bersedia menerima
kemasukan zakar ke dalam faraj. Jika suami tidak melakukan itu dan
masuk tanpa isteri bersedia, si suami dilaknati Tuhan.
Jadi
hubungan seksual dalam pandangan Islam adalah satu ibadah dan
tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan oleh pasangan, sekali gus
mustahak untuk mereka berusaha menjayakannya.
Mungkin tips
untuk memulakan hubungan keintiman seksual bermula dengan pasangan
dalam keadaan selesa dan mesra. Mereka boleh mulakan dengan sentuhan
dan belaian sambil melakukan kucupan dan sentuhan erotik ke bahagian
tubuh yang merangsangkan.
Dalam keadaan terangsang, tentu suami
mencapai ereksi dan isteri mengalami kelembapan anggota sulit. Dalam
keadaan bersedia, lebih mudah untuk suami dan isteri memainkan fungsi
masing-masing dengan lebih lancar.
Jika isteri cemas atau
‘seriau’ (bimbang), dia tidak dapat mengawal faraj dan sukar untuk
suami mendekatinya kerana faraj dalam keadaan kemut. Keadaan ini
dikenali sebagai ‘vaginismus’.
Jika suami terpancut awal,
pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual itu kemudian kerana
kemungkinan ejakulasi cepat berlaku kali kedua jarang berlaku.
Isteri jangan rasa tertekan jika suami masih gagal mengawal daya saraf
untuk mengelak ejakulasi cepat. Mungkin apabila sensitiviti anggota
kemaluannya dapat dikurangkan, lama-kelamaan suami dapat memanjangkan
sentuhan intim itu dan dapatlah isteri menikmati kepuasan.
Paling penting, hubungan intim perlu mengikut tertib atau adab kerana
bukan hanya mengikut kehendak agama, tetapi juga mampu membantu
pasangan itu mencapai klimaks dan memuaskan hati ketika hubungan.
21st Dec 2009