SAYA sudah berumahtangga hampir lima tahun tetapi isteri saya tidak pernah mencapai klimaks sepanjang bersama.
Selalunya bila bersama, faraj isteri kurang basah (kering) dan dia mengadu pedih.
Untuk mengatasi masalah itu kami biasanya menonton filem ‘orang
dewasa’, tapi masalahnya saya akan tewas awal dan isteri akan merungut
tidak ‘sampai’.
Untuk pengetahuan doktor, isteri juga ada
menyatakan zakar saya tidak sampai ‘dalam’ dan menyukarkannya untuk
mencapai klimaks.
Baru-baru ini, saya mencari zakar tiruan
untuk membantu isteri mencapai klimaks dan ia ternyata berkesan kerana
isteri mudah sampai dan saiz zakar tiruan turut membantunya.
Adakah
alat bantuan seks ini boleh digunakan atau ia membahayakan hubungan
kami untuk jangka masa panjang? Apakah perkara ini dibenarkan?
SUAMI SERBA SALAH
Rawang, Selangor
Jawapan Dr Ismail Thamby
Hubungan seksual antara pasangan lelaki dan wanita membabitkan rangsangan anggota tubuh badan mereka berdua.
Rangsangan itu boleh dilakukan dengan sentuhan tangan, jari, mulut,
lidah dan juga alat pembantu seks seperti zakar palsu dan alat bergetar.
Mungkin yang mustahak ialah keterbukaan minda dan penerimaan pasangan mengenai cara dan teknik untuk ‘bersama’.
Jika alat pembantu seks digunakan, ia mestilah sesuai untuk tujuan itu
selain selamat dan tiada kesan sampingan. Jadi alat itu perlu dijaga
dengan baik dan dibersihkan sesudah dan sebelum dipakai.
Nampaknya pasangan anda selesa dengan cara ini dan anda pula tidak
senang dengannya. Jadi anda perlu berterus terang dengannya mengenai
perasaan anda.
Jika masalah anda ialah cepat klimaks dan anggota kelamin kecil, mungkin anda perlu cari jalan untuk mengatasinya.
Kini ada pelbagai rawatan untuk mengatasi masalah cepat klimaks dan
juga mengubah bentuk dan saiz anggota kelamin secara selamat, melalui
pakar yang berkenaan.
Anda juga boleh meluaskan lagi
pengetahuan mengenai hubungan seks melalui bimbingan seksual dengan
pakar dan bukan sekadar menonton video lucah yang tidak memberi apa-apa
panduan betul kepada anda berdua.
Anda boleh gunakan alat
pembantu seks itu sekadar untuk adegan pemanasan dan apabila pasangan
dapat nikmat sentuhan anda tadi dengan menggunakan alat itu, kemudian
anda boleh memainkan peranan secara biasa.
Apabila anda berjaya
menambah saiz dan bentuk anggota kelamin serta dapat meningkatkan daya
tahan ejakulasi, anda boleh mengurangkan penggunaan alat pembantu seks
atau menggunakannya hanya pada waktu yang diperlukan.
Jika anda
tidak berusaha, dibimbangi alat pembantu seks akan mengambil alih tugas
dan tanggungjawab anda dalam hubungan seks bersama isteri! Kerana ada
kemungkinan penggunaan alat pembantu seks boleh menyebabkan isteri anda
ketagih.
Setahu saya, penggunaan alat pembantu seks tidak salah daripada pandangan Islam jika dilakukan dengan kerelaan pasangan.
Jika penggunaan itu bertujuan menghalang kehamilan dan membuatkan
pasangan malas mahu bersama secara biasa, mungkin itu batasan
penggunaannya.
Jika mahu berjumpa saya, sila ke Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (www.dsh.com.my)
21st Dec 2009