CUTI sekolah yang akan bermula tidak lama lagi lazimnya menjadi pilihan ibu bapa untuk mengkhatankan anak lelaki mereka.
Memang kebanyakan lelaki Islam di negara ini sudah berkhatan sebelum
masuk ke alam remaja, begitu juga lelaki ‘saudara baru’ yang memeluk
Islam.
Berkhatan diakui bukan saja baik untuk kebersihan alat sulit,
tetapi juga mampu membantu memberi kenikmatan kepada pasangan ketika
bersetubuh.
Bukan saja si lelaki lebih berkeyakinan dengan alat
sulit yang terjamin kebersihannya, malah pasangannya juga yakin untuk
melayari hubungan asmara tanpa memikirkan masalah dijangkiti penyakit
kelamin.
Untuk makluman anda, kini berkhatan digalakkan oleh
Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penjagaan kesihatan seksual
dan perlindungan daripada penyakit kelamin.
Galakan itu dibuat
kerana ada kajian menunjukkan berkhatan membuatkan penghujung zakar
terdedah dan kulit bahagian itu berubah menjadi lebih berdaya tahan dan
lasak.
Mengikut pengalaman pakar perubatan di Afrika, terutama
di Nigeria, kadar jangkitan HIV/Aids di kalangan lelaki berkhatan
sangat rendah berbanding yang tidak berkhatan.
Berdasarkan rawatan purba Cina pula, berkhatan ialah satu daripada rawatan untuk mencegah masalah cepat klimaks!
Mungkin ada pihak yang tersilap, terutama bukan Islam, jika mendakwa berkhatan boleh menggugat keseronokan seks lelaki.
Bayangkan, lebih 80 peratus kanak-kanak lelaki di Amerika Syarikat
menjalani prosedur berkhatan dan prosedur itu menjadi amalan yang
digalakkan untuk kesihatan seksual.
Ramai, tidak kira yang
beragama Islam atau tidak, tahu mengenai kelebihan berkhatan, tetapi
tentu ramai bimbangkan mengenai prosedur membuang kulup atau kulit
penutup pada penghujung zakar itu.
Diingatkan, tidak perlu dirisaukan dan anda tidak perlu takut kerana prosedur ini selamat dan cepat sembuh.
21st Dec 2009