SAYA ingin tahu mengapa kepala zakar saya tidak terasa sewaktu
melakukan hubungan seks dengan isteri? Sebaliknya, saya dapat pula
merasainya ketika melakukan seks oral.
Adakah posisi yang saya
lakukan salah atau kerana kepala zakar saya terbiasa dengan sentuhan
iaitu seluar kerana untuk makluman tuan, kepala zakar saya tidak
tertutup dengan kulit zakar.
NOOR
Kertih, Terengganu
Jawapan Dr. Ismail Thamby
Kulit
penghujung zakar mengandungi banyak sel penghujung urat saraf seperti
sel Pacinian dan Ruffinian yang membuatkan bahagian itu sangat sensitif
kepada sentuhan, jadi bahagian itu terlindung oleh kulup.
Kepada lelaki yang berkhatan, sebahagian besar daripada penghujung zakar terdedah dan boleh tersentuh kepada pakaian dalam.
Apabila perasaan sensitif itu mula dapat diterima, sensitiviti bahagian
itu akan reda tapi kekal selagi sel penghujung urat saraf itu tidak
tercedera atau berkurangan.
Jadi tidak, mungkin berkhatan itu
membuatkan penghujung zakar anda hilang ‘deria’, sedangkan anda masih
dapat menikmati keseronokan apabila bahagian itu dirangsang melalui
sentuhan mulut.
Mungkin tahap dan kualiti sentuhan yang anda
alami daripada rangsangan mulut lebih mengghairahkan anda sehingga
dapat mencapai klimaks.
Mungkin juga cara dan teknik dilakukan
itu, seperti memegang dan menyedut, membuatkan perasaan itu lebih
ghairah dan mudah untuk mencapai klimaks.
Anda perlu cuba
menumpukan kepada memberi rangsangan bertalu-talu kepada penghujung
zakar ketika bersetubuh dengan pasangan dengan menggeselkan bahagian
itu dengan lebih intim lagi.
Pasangan anda boleh membantu
dengan mengemut faraj supaya corong faraj menjadi lebih sempit tapi
selesa dan mengghairahkan sehingga boleh berlaku percetusan klimaks.
Anda juga boleh ubah posisi ketika melakukan seks untuk menikmati rangsangan lebih mengghairahkan dengan kerjasama pasangan.
Anda boleh dapat tips dan cara gaya daripada pakar yang berkaitan jika anda terbuka untuk mempelajarinya.
21st Dec 2009