SAYA ingin mengutarakan beberapa persoalan berkenaan amalan
menggunakan minyak bayi. Adakah wujud kesan sampingan terhadap zakar
jika kita menggunakan minyak ini untuk tujuan membelai, mengurut zakar
dan bersetubuh dengan isteri.
Jika minyak ini sesuai untuk
kulit bayi, sudah pasti ia selamat untuk kulit zakar. Bolehkah saya
menggunakan minyak ini untuk tujuan mengelak kekeringan di sekitar
kulit zakar?
CONAN
Putrajaya
Jawapan Dr. Ismail Thamby
Mungkin anda tidak tahu zakar tidak boleh diurut seperti mengurut otot badan kerana ia bukan otot.
Jadi amalan urutan yang dilakukan tukang urut boleh merosakkan zakar
apabila ia dilakukan secara kasar dan ganas seperti menariknya dengan
kuat atau memulasnya dengan kuat, kononnya untuk meningkatkan
perjalanan darah.
Kesan buruk mengurut zakar hanya kelihatan
beberapa bulan kemudian apabila wujud ketulan keras dalam otot zakar
dan bentuk zakar mula berubah!
Tidak salah untuk membelai zakar
secara erotik kerana dengan sentuhan erotik itu ia mudah terangsang dan
ereksi padat untuk tujuan persetubuhan.
Untuk membelai zakar
bagi tujuan itu, ia perlu dilakukan dengan menggunakan krim atau minyak
yang sesuai dan yang mesra dengan kulit dan struktur dalaman zakar.
Minyak bayi seperti yang anda gunakan memang boleh digunakan untuk
membelai anggota kelamin kerana ia mesra kulit dan tidak memudaratkan
kulit anggota kelamin.
Bagaimanapun, apabila minyak itu
digunakan untuk persetubuhan, ia meninggalkan bekas campuran minyak
dengan cecair dalam faraj dan sukar dibersihkan, selain memberi tanda
kepada pakaian dalam dan berbau.
Saya syorkan anda gunakan gel
yang larut dalam air untuk kelicinan dan kelembapan. Ia juga mudah
dibersihkan dan tidak meninggalkan bau atau tanda kepada pakaian.
Minyak lintah tidak sesuai kerana jika bahan mencairkan darah memasuki
tisu zakar, ia boleh mengakibatkan pendarahan berpanjangan kerana
proses kebekuan darah tergendala.
Begitu juga dengan minyak
atau krim mengandungi gambir Sarawak yang meradang kulit dan menekan
urat saraf kulit secara ketara sehingga kulit zakar hilang rasa dan
tidak mudah mencapai klimaks.
Mustahak untuk lelaki gunakan
minyak atau krim yang mesra kulit dan tidak merosakkan kulit sehalus
kulit anggota kelamin lelaki atau perempuan.
Jangan mudah percaya dengan minyak atau krim yang mengarut tu, lebih-lebih lagi krim dan minyak yang tidak pernah diujii.
21st Dec 2009