KEPRIHATINAN terhadap anggota kelamin perkara biasa di kalangan
lelaki. Pengalaman lelaki yang kerap membelai dan merangsang anggota
kelamin mendapati anggota itu aktif apabila ia kerap digunakan.
Pengalaman juga mendapati, apabila anggota kelamin disalah guna seperti
merangsangnya secara kekerasan dan peralatan yang memberi tekanan
seperti mengguna alat vakum, boleh menyebabkan anggota kelamin cedera
dan hilang fungsinya.
Memandangkan anggota kelamin sensitif kepada sentuhan dan mudah
terangsang apabila dibelai dengan urutan lembut atau urutan erotik,
pendekatan urutan untuk merangsang anggota kelamin menjadi kaedah untuk
memantapkannya.
Satu ketika, air liur digunakan untuk
menyegarkan anggota kelamin. Imam Al-Nawawi pernah mengesyorkan anggota
kelamin lelaki perlu dibelai jika lama tidak bersama kerana ia boleh
menjadi kecut dan tidak berguna.
Beliau mengesyorkan air liur
selain membelainya dengan minyak. Jadi tidak hairan apabila urutan
menjadi pendekatan utama untuk memulihkan anggota kelamin lelaki yang
tidak bermaya.
Apabila cara urutan itu menjadi berat atau
‘ganas’ dengan tambahan unsur menarik dan memuntal, anggota kelamin
lelaki terdedah kepada kecederaan yang boleh memudaratkan lagi
fungsinya.
Jadi, pendekatan itu untuk menyegarkan anggota
kelamin lelaki tidak lagi diterima. Ini kerana anggota kelamin lelaki
sejenis organ yang lembut dan banyak saluran darah.
Sebenarnya
anggota kelamin lelaki itu organ vaskular! Ia sepatutnya tidak boleh
diurut secara kasar, mungkin boleh dibelai secara lembut dan dengan
krim sesuai serta tidak merosakkan kulit dan struktur dalamannya.
Jadi bahan keras seperti gambir Sarawak yang boleh memijarkan kulit dan
meradangkan urat saraf dan minyak lintah yang boleh mengakibatkan
alahan kulit bukan bahan sesuai untuk menjaga kesihatan dan kesegaran
anggota kelamin lelaki.
Bahan lembut dan ‘mesra’ anggota
kelamin lelaki yang sudah dikaji dan sepatutnya digunakan adalah krim
virile untuk lelaki. Sebenarnya anggota kelamin lelaki tidak perlu
belaian jika lelaki itu aktif secara seksual.
Jika lelaki itu
tidak aktif lagi dan untuk mengekalkan fungsi dan kesegaran anggota
kelaminnya, mustahak untuk anggota itu dibelai.
Lebih baik daripada itu ialah apabila ia digunakannya (bersetubuh) selalu kerana itu fungsi sebenarnya.
Mengenai fungsi anggota sebagai organ reproduksi, dalam keadaan tegang,
ia dapat disalurkan ke faraj perempuan untuk menyalurkan air mani,
selain untuk keseronokan dan kepuasan batin.
Anggota kelamin
lelaki mudah menegang apabila lelaki itu terangsang. Ereksi pagi
perkara biasa dan selalu berlaku ketika bangun daripada tidur yang
nyenyak waktu malam.
Jadi perubahan ereksi yang berlaku kepada anda tu petanda yang anda mempunyai fungsi anggota kelamin yang sihat.
Oleh itu, penting untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anggota kelamin
dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan dan kesejahteraan
badan. Jika badan sihat, anggota kelamin juga sihat.
Amalkan
senaman berkala, makan makanan seimbang termasuk pengambilan zat
tambahan yang sesuai, jaga berat badan ke tahap sesuai, elak merokok,
dadah dan minuman keras.
21st Dec 2009