SAYA wanita berusia 30 tahun dan baru
berkahwin. Saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk mengetahui saya
sudah mencapai klimaks?
Ini kerana apabila setiap kali ‘bersama’, saya hanya berasa
geli dan kadangkala seperti mahu buang air kecil tetapi ia tidak
mengeluarkan apa-apa air. Adakah ini kerana saya pernah melakukan onani
waktu bujang dulu? Bagaimana perkara ini dapat diatasi?
ADEERA
Jasin, Melaka
Jawapan Dr Ismail Thamby
Klimaks
atau orgasma dalam erti kata yang senang ialah kemuncak rangsangan
seksual dan bermaksud kemuncak keseronokan seksual yang dikecapi
individu itu apabila bahagian tubuhnya yang mengghairahkan dirangsang
hingga menimbulkan perasaan syahwat.
Untuk anda, saya pasti
anda pernah menghayati keseronokan ketika melakukan onani. Jadi
kemuncak rangsangan kepada bahagian tubuh badan yang anda rangsang yang
dikatakan klimaks.
Ada juga ketika belum mencapainya anda akan
berasa pelbagai perasaan yang mengelirukan seperti geli, mahu buang air
kecil atau rasa macam bahagian bawah perut mencengkam atau senak, ia
petanda yang anda hampir mencapai kemuncak.
Jika anda tersentap
atau menghentikan rangsangan atau menahannya, proses kemuncak itu akan
terbantut! Jadi jangan menahan, teruskan dan nikmatinya kerana
kemungkinan besar yang akan berlaku ialah ejakulasi air mani dan bukan
kencing!
Jangan salahkan perbuatan onani yang anda pernah
lakukan. Itu sejarah dan tiada kaitan langsung dengan ‘masalah’ anda
sekarang.
Jika anda masih membawa perasaan salah itu, sukar
untuk anda kecapi keseronokan syahwat. Ketepikan perasaan salah dan
bantu pasangan merangsang anggota tubuh badan anda.
Jika anda masih sukar capai klimaks bersama pasangan, saya syorkan berjumpa pakar seks.
Jika berminat, anda boleh ke Klinik Kesihatan Seksual, Damai Service
Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kita sedia memberi khidmat
bimbingan dan terapi seksual.
21st Dec 2009