SAYA selalu ‘bersama’ isteri tetapi kadangkala saya cepat klimaks
dan selepas itu saya terus mengantuk dan tertidur, sedangkan ada
masanya isteri mahu lakukan seks untuk ‘pusingan kedua’.
Masalahnya saya terlalu mengantuk, namun kemaluan saya masih mampu tegang jika dirangsang oleh isteri.
Saya ingin tahu daripada doktor apa masalahnya dan bagaimana cara mengatasinya?
SUAMI RISAU
Bentong, Pahang
Jawapan Dr Ismail Thamby
Kajian menunjukkan lebih banyak lelaki mengantuk dan terus tidur selepas klimaks dan selesai hubungan seks berbanding wanita.
Ia bukan fenomena luar biasa untuk anda kerana lelaki biasanya
memainkan peranan dominan dan banyak melakukan pergerakan. Ini secara
langsung boleh membuatkan mereka cepat berasa letih selepas klimaks.
Ia juga disebabkan pengeluaran kimia biologik dikenali sebagai
beta-endorfin, oxitocin dan prolactin selain kimia hasil tindak balas
urat saraf membuatkan lelaki itu mudah terlena selepas klimaks.
Wanita pula tidak selalu klimaks dan mereka lebih seronok berborak
selepas pasangannya selesai ejakulasi dan ada masanya mereka mahukan
‘pusingan kedua’.
Jika pasangan tidak berdaya, mereka yang tahu sangat kelemahan pasangan harus menerimanya dengan terbuka.
Ada beberapa perkara anda boleh cuba buat jika mahu lakukan hubungan intim sepanjang malam dengan pasangan.
Jangan tunggu lewat malam untuk melakukan hubungan intim itu kerana
lebih lewat anda bersama, ia lebih mudah menyebabkan anda mengantuk
selepas selesai seks.
Mungkin kurangkan makan sebelum seks
kerana jika lapar tidak mudah mengantuk dan sebelum memulakan ‘pusingan
kedua’, anda boleh ambil makanan ringan dan aktifkan kembali proses
keintiman bersama isteri.
Minum kopi juga dapat aktifkan minda
dan menghalang perasaan mengantuk. Selepas itu, anda boleh panjangkan
keintiman dengan pasangan mengikut kehendak pasangan.
21st Dec 2009