SEKS oral membabitkan rangsangan seksual yang dialami lelaki atau
wanita apabila anggota kelamin dirangsang dengan mulut atau lidah.
Dalam pandangan Islam, seks oral boleh dilakukan dan sesetengah ulama
menyatakan tertelan air mani suami adalah makruh. Ada juga yang
berpendapat ia tidak melanggar batasan aktiviti berjimak yang
diharuskan dalam Islam.
Jadi, terpulang kepada anda dan pasangan untuk menimbangnya
kerana paling mustahak, anda berdua tahu bahawa seks dalam perkahwinan
adalah ibadah.
Suami perlu lakukan sedekah iaitu bertimbang
rasa ketika hubungan intim dengan pasangan dan bukan sekadar melepaskan
perasaan dan nafsu syahwat atau meminta yang bukan-bukan daripada
isteri.
Jadi meminta atau menekan isteri untuk membuat sesuatu
yang tidak disukainya membuatkan ‘ibadah’ suami dan sedekah suami
menjadi sia-sia.
Suami perlu beri isteri masa untuk dia
menunaikan perkara yang janggal untuknya dan jika dia tidak dapat
lakukan kerana tidak selesa, tidak perlu lakukannya kerana banyak cara
lain yang boleh memberi keseronokan kepada kedua-dua pihak.
Jika mahu mencuba cara sebegitu, anda berdua digalakkan ada dalam keadaan bersih dan suci sebelum melakukan hubungan seksual.
Nasihat untuk suami, jangan keterlaluan meminta yang bukan-bukan
daripada isteri. Tuhan sudah ‘buat’ anggota kelamin untuk tujuan itu
dan mungkin itu yang sepatutnya dilakukan!
22nd Dec 2009