SAYA ingin tahu sama ada wujud senaman harian yang membolehkan saya
bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan kelamin dengan isteri.
Saya ada satu cara senaman iaitu duduk bersila dengan paha kiri dan
kanan dijungkit ke atas sebanyak 20 kali dan perlu dilakukan setiap
pagi, adakah betul cara itu?
Buat pengetahuan doktor, isteri saya lambat capai klimaks dan
ia sedikit membuatkan saya gusar terhadap ‘prestasi’ saya untuk
memenuhi kepuasannya.
SYAM
Batu Pahat, Johor
Jawapan Dr Ismail Thamby
Hubungan
seksual bukan sekadar hubungan fizikal yang kerap dihebohkan oleh
kebanyakan majalah atau media elektronik yang memaparkan gaya hidup,
malah ia lebih daripada itu.
Ia bukan saja sekadar ‘sexual
intercourse’, sebaliknya turut memerlukan ‘mental intercourse’ dan
‘emotional intercourse’. Ini hanya boleh dikecapi melalui komunikasi
yang baik.
Jika anda dan pasangan terbuka untuk membincangkan
apa saja yang mustahak dalam kehidupan anda berdua, termasuk kehendak
seksual masing-masing, anda seharusnya secara bersama mencari jalan
untuk mendapatkannya.
Dengan itu, sudah tentu masalah isteri
tidak mencapai klimaks atau anda mudah mengalah tidak akan timbul.
Kesepakatan memainkan peranan dalam melakukan hubungan intim, iaitu
mengikut keselesaan kedua-dua pihak.
Sebagai contoh, anda boleh
merangsang isteri mengikut kesukaannya dengan dia memberi panduan apa
yang perlu dilakukan dan apabila dia masuk ke pintu klimaks, anda boleh
mainkan peranan anda pula untuk menikmati klimaks.
Tidak perlu
rekod masa kerana ia tidak mustahak apabila dua pihak seronok bersama!
Jika anda mahu lakukan senaman untuk bantu menguatkan stamina, boleh
berjoging atau lari deras.
Jika mahukan tenaga badan, bina
badan dengan senaman bina badan dan jika mahu daya ereksi yang kuat,
lakukan senaman kemut atau senaman kegel iaitu mencengkam lubang najis
atau seolah-olah kencing.
Jika anda bersetubuh, lakukan gerakan
ereksi dalam faraj tanpa mengeluarkan ereksi dari faraj, kekal dalam
faraj dan gerak dalam kemut.
Ini memberi rangsangan padu kepada
isteri dan jika gerakan dilakukan menghala ke langit faraj, tentu akan
terkena bahagian yang menyeronokkan dan memudahkan isteri mencapai
klimaks.
22nd Dec 2009