ZAKAR saya mengalami lebam dan sakit ketika hendak membuang air
kecil. Saya baru berumur 16 tahun. Tidak pernah melakukan hubungan,
apakah pandangan doktor mengenai masalah saya?
RID
Alor Gajah, Melaka
Kulit
anggota kelamin lelaki dewasa memang gelap berbanding ketika lelaki itu
belum baligh dan ia ada kaitan dengan peningkatan melanin atau pewarna
kulit yang biasa berlaku kepada kulit anggota kelamin lelaki atau
perempuan.
Tahap warna lebam itu boleh meningkat apabila
anggota itu dirangsang secara ‘regular’ (kerap), lebih-lebih lagi
apabila kulit itu kering dan menebal. Kulit anggota kelamin jenis
lembut dan tidak bersisik.
Apabila kelembapan semula jadi
kurang, kulit menjadi kering dan gatal. Menggaru kulit membuatkannya
lebih tebal dan radang dan keradangan ini juga mengakibatkan warna
kulit itu menjadi lebih gelap atau lebih lebam.
Sudah tentu
anda yang mempunyai kulit gelap akan dapati kulit anggota kelamin lebih
gelap dan ‘lebam’ apabila zakar mengecut atau tidak ereksi. Lelaki yang
kerap melakukan onani akan dapati kulit anggota kelamin lebih ‘hitam’
atau ‘lebam’ apabila zakar dalam keadaan kecut.
Apabila ereksi
berlaku, kulit tidak kelihatan lebam dan ini kerana ketika ereksi,
kulit yang berkumpul dan kelihatan gelap itu tertarik dan kelihatan
cerah. Lelaki yang beronani tanpa menggunakan pelembap untuk mengurut
kulit zakar akan dapati kulit zakar lebih kering dan berwarna lebih
gelap daripada lelaki yang menggunakan losyen untuk tujuan itu.
Jika lelaki itu menggunakan pam vakum untuk membesarkan zakar atau
sebagai ‘senaman batin’, amalan itu memberi kesan buruk kepada kulit
zakar, iaitu ia kelihatan lebih gelap dan menebal.
Jadi ada
banyak sebab kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan kelihatan lebih
gelap, tapi ia bukan kerana jangkitan penyakit kelamin atau kerap
melakukan seks!
22nd Dec 2009